Wednesday 25 December 2013

Rindu Seorang Anak


Assalamualaikum

Sudah berkurun rasanya tak mengupdate blog. Sibuk benar rasanya trimester ini. Tahap pembelajaran pun makin hari makin susah. Tak susah sebenarnya tapi kita yang membuatkan benda tu jadi complicated. Allahu, banyak cabaran dan rintangan untuk trimester kali ini. Hanya Allah saja yang tahu betapa aku sakit dan tak mampu aku tafsirkan apa yang aku rasai dalam bentuk perkataan. Namun, segala ujian dan dugaan itu mengajar aku erti kedewasaan. Kalau tak bila lagi kita nak belajar urus diri secara berdikari kan. Pada waktu ini juga aku terfikir betapa aku memerlukan kedua dua ibu dan bapaku. Betapa sayangnya aku kepada mereka. Tidak dapat aku gambarkan perasaan aku tika itu. Allah! Allah! Allah! kau panjangkan umur kedua-dua ibu bapaku. Izinkan aku untuk membalas jasa mereka terhadapku Allah. Mereka banyak berkorban untukku. Mereka sentiasa memenuhu permintaanku Allah. Merekalah ibu bapa yang terbaik ya Allah. Kau kurniakanlah mereka rezeki yang melimpah ruah. Kau anugerahkanlah mereka syurga Firdausmu ya Allah. Berikan aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Sesungguhnya aku hamba yang lemah. Jadikanlah aku seorang anak yang solehah, yang berbakti kepada kedua ibu bapaku. Ingatlah teman, ibu bapa tiada galang gantinya. Sayangilah mereka. Mak,Abah..Aku sayang kepadamu. Sungguh. Tak mampu aku menafikan.

Setakat ini sahaja yang aku mampu kongsikan untuk kalian. Assalamualaikum.